◉ HEADLINES

Nik Nazmi tewas kepada Afdlin, pemilihan Ketua PKR Setiawangsa

Afdlin memperoleh 631 undi, berbanding 563 undi diperoleh Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki menewaskan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Setiawangsa hari ini.

Afdlin memperoleh 631 undi, berbanding 563 undi diperoleh Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar.

Mengikut borang keputusan PKR, hanya 1,207 undi dikeluarkan walaupun 1,640 orang layak mengundi.

Afdlin yang juga seorang pelakon dan pengarah menyertai PKR pada 2021, dan bertanding jawatan itu pada 2022, namun kalah kepada Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa selama dua penggal.

Terdahulu, Nik Nazmi sebelum ini mengakui terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilian kali ini.

“… kerana kita raikan demokrasi, kita raikan semua ahli yang ingin bertanding,” katanya ketika ditanya mengenai pelakon, pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang akan mencabarnya bagi jawatan berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan beliau tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.

“Semua mampu menang. Saya yakin ahli PKR Setiawangsa bersama saya,” katanya.

Sebelum ini, Nik Nazmi juga dilaporkan mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu 24 Mei nanti.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PKR, K Saraswathy yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara turut tewas dalam saingan lima penjuru bagi jawatan Ketua Cabang Bukit Bintang.

Anwar Pawan Chik dipilih sebagai Ketua Cabang dengan 807 undi, diikuti Saraswathy (683), G Sivamalar (664), C Kishore Kumar (32), manakala Loh Ker Chean yang menarik diri atas faktor kesihatan tidak memperoleh sebarang undi. – 19 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related