◉ HEADLINES

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pada pagi Aidiladha

Jurucakap LLM berkata 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Trafik di lebuh raya utama di seluruh negara pada pagi Aidiladha dilaporkan lancar dan terkawal dengan sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran lalu lintas lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

“Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar,” katanya lapor Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 atau LLM 1-800-88-7752 serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

Sementara itu di Kelantan, aliran lalu lintas di dua pintu sempadan negeri iaitu melalui Pahang di Gua Musang-Kuala Lipis dan Terengganu menerusi jalan Pasir Puteh, juga lancar setakat jam 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di pintu sempadan Kelantan-Terengganu itu lancar dengan pergerakan kenderaan seperti biasa.

Terdahulu jurucakap polis negeri memaklumkan pihaknya mempersiapkan anggota bagi melakukan pemantauan dan kawalan terhadap lalu-lintas di kedua-dua kawasan pintu sempadan itu bagi memastikan laluan trafik kekal lancar. – 7 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

I recommended the seven heritage players: Tengku Muda Pahang

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah said the footballers were recommended to the Football Association of Malaysia (FAM) through proper channels with the genuine intention of strengthening the national team

Home Ministry’s 6 banned books mostly young adult romances, 3 of them LGBT-related

Ministry says bans are a 'preventative action' against harm from content it deems unsuitable for public consumption.

Pas sacks three Perlis assemblymen over alleged mutiny against MB

The party expels Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail, and Mohd Ridzuan Hashim following their submission of statutory declarations against the Menteri Besar’s leadership

◉ Related