HEADLINES

Akta Majlis Media Malaysia, langkah bersejarah jamin kebebasan media: Syahredzan

Syahredzan berkata dengan berkuatkuasanya akta ini, media di Malaysia akan beralih daripada kerangka yang memerlukan intervensi kerajaan kepada suatu kerangka kawalan sendiri

8:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akta Majlis Media Malaysia yang berkuatkuasa hari ini merupakan suatu langkah bersejarah dan positif bagi menjamin kebebasan media dan pada masa sama memastikan kebertanggungjawaban badan dan pengamal media.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, bagi Pakatan Harapan (PH) pula, penubuhan Majlis Media juga merealisasikan salah satu daripada tawaran manifesto ‘Kita Boleh’ untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

“Dengan berkuatkuasanya akta ini, media di Malaysia akan beralih daripada kerangka yang memerlukan intervensi Kerajaan (state intervention) kepada suatu kerangka kawalan sendiri (self-regulation).

“ Rungutan, aduan, ketidakpuasan hati dan apa-apa perkara yang perlu resolusi berkaitan pelaporan oleh media akan diuruskan serta diselesaikan oleh mekanisme penyelesaian yang akan dirangka melalui akta ini kelak.

“Penggubalan Akta ini menunjukkan komitmen Kerajaan Madani untuk melaksanakan reformasi institusi,’’ katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan Akta Majlis Media Malaysia akan mula berkuat kuasa hari ini bersempena dengan Hari Wartawan Nasional.

Beliau berkata, penguatkuasaan akta itu menjadi satu reformasi paling besar dalam membantu pengamal media di negara ini.

Rang Undang-Undang (RUU) bagi Akta ini telah diluluskan awal tahun ini oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan telah berkuatkuasa hari ini.

Syahredzan yang juga Naib Pengerusi DAP berkata, pada masa sama, kerajaan juga diingatkan untuk terus melaksanakan reformasi dengan membuat semakan semula ke atas undang-undang yang mengekang kebebasan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, supaya ia selari dengan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. – 14 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Malaysia will not bow to those fearing Harimau Malaya’s rise: TMJ

Johor Regent questions FIFA’s sudden reversal and urges FAM to appeal swiftly against sanctions on seven naturalised players

Related