HEADLINES

Akaun Facebook kontroversi ‘Grup Budak-Budak Sekolah Rendah’ sudah ditutup: Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi berkata, MCMC sudah berhubung dengan Meta dan akaun Facebook terbabit telah ditutup

7:10 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Akaun Facebook dikenali sebagai ‘Grup Budak-Budak Sekolah Rendah’ yang memuat naik gambar murid perempuan untuk tujuan tidak senonoh telah diarah tutup oleh pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi syarikat induk laman sosial itu, Meta Platforms Inc (Meta) bagi mengambil tindakan segera terhadap akaun berkenaan.

“MCMC sudah berhubung dengan Meta dan akaun Facebook terbabit telah ditutup. Kita juga akan bekerjasama dengan polis untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Projek Membaca anjuran Kolej Universiti Selatan di pusat beli-belah Midvalley Southkey, di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, 28, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, susulan pendedahan kumpulan berkenaan.

Mekyun yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut apabila mendapati gambarnya ketika zaman persekolahan turut dimuat naik tanpa kebenaran.

Perkara itu turut didedahkan pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli di laman sosial Instagramnya.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, MCMC sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak polis untuk menurunkan lebih 40,000 kandungan berkaitan salah laku seksual terhadap kanak-kanak bawah umur sepanjang tahun lalu.

Tambah beliau, Kementerian Komunikasi turut melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) bagi meningkatkan kesedaran dan keupayaan masyarakat dalam menangani isu keselamatan digital.

“Seramai 13 individu telah ditahan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Saya juga menyeru agar ibu bapa dan penjaga lebih peka serta memantau penggunaan internet dalam kalangan anak-anak mereka.

“Sehingga kini, MCMC telah melaksanakan kempen itu di 53 sekolah membabitkan 11,839 peserta terdiri daripada murid, pelajar, guru dan ibu bapa. Sasaran kita adalah untuk menjayakannya di 344 sekolah menjelang Ogos ini,” katanya.

Akaun kumpulan FB yang memiliki kira-kira 12,000 ahli tersebut difahamkan mula dicipta sejak 15 Mei 2014. – 15 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Malaysia to present provisional 38-sport list for 2027 SEA Games after taking SEAGF chair

Officials said Malaysia, as custodian of regional multi-sport events, aims to protect the interests of participating countries while finalising the 2027 sports roster

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related