◉ HEADLINES

Letupan gas Putra Heights: Siasatan dilakukan bebas dan telus, kata Amirudin

Menteri Besar Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan

1:41 PM MYT

 

CYBERJAYA – Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas serta telus tanpa campur tangan Kerajaan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung, sebaliknya hanya bertindak sebagai satu daripada 212 saksi dalam siasatan insiden berkenaan.

Amirudin berkata fokus ketika ini adalah supaya Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan meneliti laporan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights dan mencadangkan langkah tertentu kepada kerajaan negeri.

“Realitinya, (siasatan) dilakukan dengan penuh bebas tanpa ada campur tangan kerajaan negeri. Jadi, (jika) ada satu pihak yang mempertikaikan, tidak semestinya kita anggap itu sebagai laporan yang tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini hari ini.

Amirudin berkata laporan penuh siasatan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights itu akan dibuka untuk semakan umum selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab. 

“Siasatan itu akan saya awamkan nanti selepas mendapat kebenaran dan mereka (mana-mana pihak) boleh semak dan kenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan (dalam laporan), di situ ada gambaran pihak yang bertanggungjawab ataupun penjelasan. 

“Kita tidak bolehlah anggap semua benda ini (kononnya) ada orang yang mengganggunya. Persepsi (sebegitu) tidak boleh kerana perlu dibuktikan secara tepat dan dibuktikan secara saintifik,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memberikan ruang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan termasuk memanggil saksi seperti pemaju, pengawal keselamatan dan pengendali jengkaut.

“(Ketika ini) siasatan pihak polis tidak mendapati sebarang kecuaian dan tindakan-tindakan khianat,” katanya.

Amirudin sebelum ini berkata Selangor akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi meneliti laporan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April, dan merangka langkah jangka panjang, di samping mencadangkan peraturan-peraturan baharu dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Semalam, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tidak berpuas hati dengan klasifikasi Tiada Tindakan Lanjut (NFA) bagi insiden letupan paip gas di Putra Heights dan mendesak siasatan disemak semula.

Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights sebagai NFA susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat.

Insiden kebakaran itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – 3 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related