◉ HEADLINES

Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di utara Semenanjung: Anwar

Anwar berkata beliau telah mengarahkan supaya proses pengurusan dan kewangan bagi tujuan itu dipercepatkan

11:55 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta untuk penambahbaikan fasiliti keselamatan di sempadan utara Semenanjung melibatkan Kedah, Perlis dan Kelantan.

Dalam mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan terutama di sempadan utara negara, Anwar berkata beliau telah mengarahkan supaya proses pengurusan dan kewangan bagi tujuan itu dipercepatkan.

“Ada keperluan (tambah baik) di utara Semenanjung. Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan soal keselamatan sempadan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Sementara itu Anwar berkata pembangunan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara perlu diberi tumpuan dan program tindakannya tidak boleh dilengahkan.

Justeru Perdana Menteri berkata beliau mahu laporan terkini dibentangkan kepada beliau dalam mesyuarat Kabinet Khamis ini mengenai perkembangan pembangunan kawasan berkenaan.

Pada 20 Januari tahun lepas, kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia yang baharu itu.

Peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan. – 30 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related