HEADLINES

‘Pusat khidmat tutup kerana pergi pengebumian datuk’ Sim perjelas ketiadaan ketika pemimpin PAS hantar LOD

Steven Sim berkata pihaknya telah menampal notis dan memaklumkan mengenai penutupan pusat khidmat tersebut beserta empat nombor telefon untuk dihubungi

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mendakwa pemimpin PAS cuba bermain poltik apabila mencipta persepsi bahawa pusat khidmatnya di Bukit Mertajam tidak beroperasi ketika menghantar surat tuntutan (LOD) semalam.

Sedangkan kata Sim, pihaknya telah menampalkan notis terlebih dahulu dan memaklumkan pusat khidmat itu ditutup pada 3 Julai dengan empat nombor telefon terpapar pada notis berkenaan untuk dihubungi jika ada isu keselamatan.

“Tapi yang jadi tanda tanya ialah pemimpin PAS itu kata dia telah mai (datang) 2 kali hari tu, pada jam 3.30 pm dan 5.15 pm namun pintu pejabat tak buka, seolah-olah nak cipta persepsi bahawa pusat khidmat saya tidak beroperasi.

“Justeru, tindakan pemimpin PAS itu adalah sama ada kerana dia tak tau baca bahasa Melayu ataupun memang sengaja nak cipta persepsi jahat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad berkata beliau sendiri telah ke pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam di Pulau Pinang untuk menyerahkan LOD itu kepada Sim, namun gagal kerana tiada sesiapa di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, peguamnya juga akan menghantar LOD itu menerusi e-mel.

Zaharuddin yang juga menantu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memulakan tindakan undang-undang ke atas Sim yang didakwa memfitnahnya mempertikai pelantikan pemimpin tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam pada itu, Sim berkata pusat khidmat itu ditutup pada 3 Julai bagi membolehkan beliau menghadiri pengebumian datuknya dan staf di situ turut memberikan penghormatan terakhir.

“Di kala keluarga kami bersedih dengan pemergian datuk tersayang, pemimpin PAS itu telah ambil kesempatan bermain politik.

“Namun, ini bukan kali pertama pemimpin PAS itu mencipta persepsi yang bukan-bukan. Sebelum ini dia telah memuatnaik gambar pelantikan Leftenan Jeneral Dato Johnny Lim dan membuat provokasi perkauman konon satu hari nanti mungkin orang Cina akan jadi Perdana Menteri Malaysia,’’ katanya.

Jelasnya, pemimpin PAS itu datang ke pejabatnya semalam adalah untuk menyerahkan LOD dan meminta permohonan maaf daripadanya.

“Walaupun pagi ini saya tak jumpa apa-apa LOD di pejabat, tapi ini tetap jawapan saya kepadanya, ‘jumpa di mahkamah’,’’ katanya. – 4 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related