◉ HEADLINES

Trump umum 19% tarif untuk Indonesia

Ini jauh di bawah paras 32% yang dinyatakan presiden itu sebelum ini

10:34 AM MYT

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, beliau mencapai pakatan perdagangan dengan Indonesia yang akan menyaksikan komitmen pembelian yang ketara dari negara Asia Tenggara itu, berikutan rundingan untuk mengelak tarif yang lebih tinggi.

Barangan Indonesia yang memasuki AS akan dikenakan tarif 19%, kata Trump dalam satu catatan di platform Truth Socialnya pada Selasa. Ini jauh di bawah paras 32% yang dinyatakan presiden itu sebelum ini.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Indonesia komited untuk membeli AS$15 bilion dolar dalam (sektor) tenaga AS, AS$4.5 bilion dolar dalam produk pertanian Amerika, dan 50 jet Boeing, kebanyakannya 777,” tulis Trump.

Susulan itu, saham Boeing ditutup turun 0.2% selepas pengumuman itu.

Pentadbiran Trump berada di bawah tekanan untuk memuktamadkan pakatan perdagangan, ketika negara-negara berunding dengan Washington untuk mengelakkan rancangan tarif presiden AS.

Tetapi Trump setakat ini hanya mendedahkan perjanjian lain dengan Britain dan Vietnam, di samping perjanjian untuk menurunkan sementara levi dengan China.

Minggu lalu, Trump memperbaharui ancaman levi 32% ke atas barangan Indonesia, dengan menyatakan dalam surat kepada kepimpinan negara bahawa ini akan berkuat kuasa 1 Ogos.

Masih tidak jelas bila tahap tarif rendah yang diumumkan pada Selasa akan berkuat kuasa untuk Indonesia.

Tempoh untuk pelbagai pembelian dilakukan oleh Indonesia juga tidak dinyatakan.

Trump menerusi media sosialnya berkata, di bawah perjanjian itu, yang dimuktamadkan selepas beliau bercakap dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto, barangan yang dipindahkan untuk mengelakkan duti yang lebih tinggi akan menghadapi levi yang lebih tinggi.

Beliau secara berasingan memberitahu pemberita bahawa perjanjian lain sedang dalam rangka kerja, termasuk dengan India, sementara perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) diteruskan.

April lalu, Trump mengenakan tarif 10% ke atas hampir semua rakan dagangan, sambil mengumumkan rancangan untuk akhirnya menaikkan tahap ini untuk berpuluh-puluh ekonomi, termasuk EU dan Indonesia.

Tetapi beberapa hari sebelum ia dijangka berkuat kuasa, beliau menunda tarikh akhir untuk tarif itu dikuatkuasakan, dari 9 Julai hingga 1 Ogos. Ini menandakan penangguhan kedua untuk levi itu.

Sejak awal minggu lalu, Trump menghantar surat kepada negara rakan dagangnya, menetapkan tahap tarif yang akan mereka hadapi pada bulan Ogos.

Setakat ini, beliau menghantar lebih 20 surat termasuk kepada EU, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Kanada dan Mexico, dua negara yang pada asalnya tidak disasarkan dalam tarif “timbal balik” Trump pada April, turut menerima dokumen serupa yang menggariskan tarif dikemas kini untuk produk mereka. – 16 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related