HEADLINES

Keputusan kes pengabaian Zayn Rayyan diketahui esok

Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin, iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dipanggil membela diri atau dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal akan diketahui esok.

Hakim Dr Syahliza Warnoh dijadual memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Ismanira dan Zaim Ikhwan, maka mereka akan dipanggil membela diri, jika sebaliknya kedua-dua tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 24 April lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan yang bermula pada 4 Februari lepas.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan, iaitu Faizul Najib Abd Munaim, Auni Afiqah Abas yang juga pengasuh Zayn Rayyan, pakar perubatan perunding forensik Dr Rohayu Shahar Adnan, tiga pegawai penyiasat serta dua saksi kanak-kanak berusia 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi, manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 30 tahun didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya. – 20 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related