HEADLINES

Isu perolehan tender UKM, Menteri KPT beri maklum balas di Parlimen Rabu ini : Naib Canselor

UKM juga tidak mahu mendahului menteri dalam menjawab isu itu namun mengambil maklum mengenai laporan LKAN 2/2025

8:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dijangka memberi maklum balas dan penjelasan di Parlimen, Rabu ini mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang mendedahkan tiga perolehan tender Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak mematuhi prosedur.

Bercakap kepada Scoop, Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh berkata, pihaknya mengambil maklum pendedahan laporan berkenaan, namun enggan mendahului penjelasan yang akan diberikan menteri mengenai perkara itu.

“Mengenai dapatan LKAN itu, Menteri Pendidikan Tinggi akan beri maklum balas pada sesi soal jawab di Parlimen pada Rabu ini.

“UKM juga tidak mahu mendahului menteri dalam menjawab isu itu, jadi kita tunggu penjelasan menteri pada sesi itu nanti.

“Pihak universiti juga mengambil maklum dapatan dalam laporan berkenaan, namun apa pun tunggu Rabu nanti,” katanya hari ini.

Ditanya sama ada UKM akan mengeluarkan kenyataan susulan selepas sesi penjelasan menteri itu, Sufian berkata, beliau menjangkakan tidak ada keperluan untuk perkara itu.

“Kita jangka jawapan menteri nanti dalam isu ini akan cukup jelas,” katanya.

LKAN 2/2025 mendedahkan tiga daripada keseluruhan tujuh tender perolehan berjumlah RM66.64 juta yang diperoleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Menurut laporan itu,Jawatankuasa Perolehan Tender memilih syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Pra Tender.

Tindakan itu, kata laporan berkenaan, menunjukkan ketidakaturan yang serius serta kelemahan dalam proses perolehan tender dan tatakelola membabitkan isu pembekalan, menghantar, memasang dan mentauliahguna sistem Linear Accelerator (LINAC) serta peralatan sokongan berserta kerja ubah suai di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Susulan itu LKAN mengesyorkan UKM untuk menambahbaik Garis Panduan Perolehan UKM berkaitan proses penilaian dan pemilihan kontraktor bagi memastikan ianya selaras dan mengikut Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

“Selain itu, UKM juga perlu membuat pemantauan rapi terhadap pembekalan peralatan LINAC dan penggantian lif bagi memastikan jadual kerja dipatuhi supaya perkhidmatan di HCTM tidak terjejas.

“UKM juga perlu mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli jawatankuasa dan pegawai terbabit yang tidak mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur kewangan dalam pengurusan perolehan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Siasatan Dalaman di peringkat KPT,” katanya. -21 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related