HEADLINES

Warga asing tidak dibenar miliki lesen penjaja atau peniaga kecil: Nga Kor Ming

Warga asing boleh diambil bekerja sebagai pekerja atau pembantu dalam perniagaan berlesen lain, dengan syarat mereka mempunyai pas atau permit kerja yang sah

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah membenarkan warga asing memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Larangan berkenaan, katanya, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja sebagai pembantu di bawah lesen penjaja premis yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau memberitahu, peraturan berkenaan adalah selaras dengan Undang-Undang Kecil Penjaja serta Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian, dan pada masa sama memberi peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia dengan sewa premis yang murah dan di bawah pasaran.

“Kementerian dan PBT tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar.

“Kementerian amat memandang serius apabila kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk manfaat warganegara Malaysia sebagai inisiatif pemerkasaan ekonomi rakyat, diragut oleh warga asing melalui pelbagai cara tipu helah,’’ katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai dasar kerajaan terhadap kebebasan warga asing membuka lesen perniagaan, Kor Ming berkata kerajaan tidak akan sesekali membenarkannya.

Bagaimanapun Kor Ming menjelaskan, warga asing boleh diambil bekerja sebagai pekerja atau pembantu dalam perniagaan berlesen lain, dengan syarat mereka mempunyai pas atau permit kerja yang sah.

Beliau turut mengeluarkan amaran tegas kepada semua pemegang lesen dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran syarat pelesenan.

“(Pihak berkuasa) tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran syarat pelesenan dan akan mengambil tindakan tegas seperti sitaan, kompaun, penutupan premis, serta pembatalan lesen terhadap mana-mana perniagaan atau pemegang lesen yang didapati melanggar peraturan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, sejak 2023 hingga kini, PBT sudah melaksanakan sebanyak 3,703 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan mengeluarkan 14,834 kompaun, membatalkan 23 lesen serta menyita 2,880 premis perniagaan atas pelbagai kesalahan pelanggaran syarat yang ditetapkan oleh PBT.

“Ini termasuk kesalahan peniaga tempatan yang memindah milik lesen atau permit mereka kepada warga asing secara haram,” katanya sambil menjelaskan Selangor merekod statistik operasi tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1,859 operasi penguatkuasaan dilaksanakan 12 PBT melibatkan pengeluaran sebanyak 11,973 kompaun, 13 pembatalan lesen dan 2,727 sitaan premis perniagaan,’’ – 28 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related