HEADLINES

‘Selamat maju jaya’ MCA lulus usul keluar BN jika bekerjasama dengan DAP pada PRU16

Perwakilan juga bersetuju bahawa MCA akan menetapkan haluannya sendiri jika berlaku kerjasama tersebut.

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA meluluskan resolusi untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya mana-mana komponen dalam gabungan itu bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perwakilan juga bersetuju bahawa MCA akan menetapkan haluannya sendiri jika berlaku kerjasama tersebut.

Menurut presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana perbezaan ketara ideologi antara kedua-dua parti.

Beliau sebelum itu memberitahu perwakilan bahawa sejak memerintah, DAP dan Pakatan Harapan (PH) telah membuat pusingan U dalam pelbagai isu, meninggalkan janji demi janji.

“Jika menjelang pilihan raya umum akan datang, beberapa sekutu BN masih ingin terus bekerjasama dengan mereka, itu hanya bermakna semangat BN telah hilang sepenuhnya.

“Dalam keadaan itu, kita hanya boleh berkata, ‘Selamat maju jaya! MCA mempunyai haluannya sendiri,’’ katanya pada Perhimpunan Agung MCA hari ini.

Sebelum ini, salah satu gabungan BN iaitu MIC telah meluluskan usul untuk menamatkan pernyertaan dalam gabungan berkenaan namun perwakilan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya.

Resolusi itu dicapai pada Perhimpunan Agung MIC Ke-79 baru-baru ini selepas mengadakan perbincangan yang mendalam dan teliti dalam kalangan ahli akar umbi.

MIC juga memohon untuk menyertai Parikatan Nasional (PN) dan ia disahkan oleh pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbeza dengan MCA, meskipun mengakui menerima cadangan supaya parti itu menyertai PN, Ka Siong menegaskan langkah itu sukar dipertimbangkan selagi PAS tidak melakukan pembaharuan menjadi parti lebih sederhana.

Menurutnya, sentimen dalam kalangan masyarakat Cina masih jelas — mereka menolak PAS, terutama selepas beberapa kenyataan kontroversi pemimpin parti itu yang didakwa menyinggung sensitiviti bukan Islam.

Bagaimanapun resolusi dari MCA ini memberikan tamparan kepada pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terus menyatakan pendirian untuk kekal berada dalam Kerajaan Perpaduan. – 7 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related