◉ HEADLINES

‘Nak lapor polis? Teruskan’, kata Akmal berkait arahan Loke terhadap DAPSY

Ketua Pemuda Umno berkata beliau tidak gentar dengan DAP dan sedia bekerjasama dengan polis

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tidak gentar berdepan laporan polis yang bakal dibuat sayap Pemuda DAP (DAPSY) seperti diarah Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Akmal dalam satu perkongsian di Facebook membidas Loke yang mendakwa beliau mencabar kedaulatan undang-undang kerana tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa dengan meneruskan perarakan di Kepala Batas, semalam.

“Dulu masa zaman kamu pembangkang tetap buat juga, jadi itu pun boleh didakwa ke kerana melanggar arahan ketua polis negara?

“Siap kereta terbalik dan memijak gambar muka pemimpin kerajaan lagi ketika itu,” katanya sambil menegaskan pihaknya berhimpun secara aman semalam.

“Nak lapor polis? Teruskan sahaja dan saya sedia untuk beri kerjasama. Untuk takut kepada kamu, tidak sama sekali.’

Semalam, Loke mengarahkan DAPSY di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Akmal susulan kejadian demonstrasi semalam.

Tindakan Akmal menurutnya, tidak mengendahkan amaran pihak polis juga adalah satu perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam yang menyebabkan kegusaran peniaga-peniaga di sekitar kawasan tersebut sehingga mereka terpaksa menutup perniagaan mereka lebih awal.

“Perbuatan seperti ini adalah melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Hukuman setimpal perlu dijatuhkan terhadap perbuatan melampau seperti ini,” katanya.

Menurut Loke, laporan dibuat terhadap Akmal di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, serta seksyen baharu dalam menangani kegiatan buli iaitu Seksyen 507B Kanun Keseksaan dan 507C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pemilik kedai perkakasan, Pang Chin Tian, 59, yang tular mengibar Jalur Gemilang terbalik bersedia menerima sebarang tindakan perundangan yang akan dikenakan terhadapnya.

Chin Tian mengakui kesilapan itu tidak disengajakan dan bertanggungjawab atas insiden yang berlaku pada Sabtu lalu. – 15 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related