◉ HEADLINES

Sempadan Bukit Kayu Hitam sesak luar biasa susulan cuti sekolah

Kesesakan yang bermula sejak semalam itu dijangka berterusan sehingga 21 September ini

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah, mengalami kesesakan luar biasa di laluan kereta menuju ke negara jiran, susulan cuti umum Hari Malaysia dan cuti persekolahan.

Menurut Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Mohd Nasaruddin M Nasir, kesesakan itu bermula sejak semalam dan dijangka berterusan sehingga 21 September ini.

“Kesesakan itu berlaku di laluan keluar kenderaan persendirian (kereta) di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand,” katanya, lapor Buletin TV3.

Berikutan itu, Mohd Nasaruddin berkata, tindakan kawalan dijalankan dengan pengaktifan pegawai bertugas untuk mengawal aliran trafik di kawasan ICQS.

“Arahan juga diberikan kepada sekatan jalan raya (SJR) Pasukan Gerakan Am (PGA), polis trafik dan semua agensi terbabit di ICQS supaya mengawal aliran kemasukan kenderaan dari arah sempadan kerana pintu masuk dibuka seawal 6 pagi dan ditutup pada 12 tengah malam.

“AKPS menasihatkan semua pengembara yang melalui ICQS Bukit Kayu Hitam supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua penguat kuasa di lapangan dan merancang perjalanan sebaiknya,” katanya.

Mohd Nasaruddin memberitahu, sejak semalam jumlah keseluruhan pelancong yang keluar masuk dari Malaysia dan Thailand adalah 21,971 orang.

“Jumlah itu membabitkan 17,030 pelancong dari Malaysia ke Thailand, manakala yang masuk dari Thailand ke negara ini adalah seramai 4,941 orang,” katanya.

Dalam pada itu, AKPS dalam kenyataannya turut menyarankan orang ramai mempertimbangkan alternatif laluan ICQS lain termasuk Padang Besar, Wang Kelian dan Durian Burung. – 14 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related