◉ HEADLINES

MCMC gerak Prime, aktif 131 Nadi sokong komunikasi mangsa bencana Sabah

MCMC berkata usaha itu bagi memastikan penduduk terkesan kekal berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memastikan mangsa bencana di Sabah kekal terhubung dengan menggerakkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (Prime) dan mengaktifkan perkhidmatan internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi).

Dalam satu kenyataan, MCMC berkata Prime, kenderaan mudah alih dilengkapi sokongan komunikasi digerakkan ke Kampung Cendrakasih dan Penampang bagi membantu pasukan penyelamat serta menyokong kerja-kerja pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Dalam masa sama, sejumlah 131 Nadi turut diaktifkan untuk menyediakan capaian internet kepada penduduk terkesan agar mereka kekal berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa.

Mengikut laporan, sejumlah 266 menara telekomunikasi terjejas akibat gangguan bekalan elektrik dan daripada jumlah itu, lebih separuh atau 147 menara kembali beroperasi, dengan kerja-kerja pemulihan giat dilaksanakan secara berperingkat bersama syarikat telekomunikasi.

MCMC turut menubuhkan pasukan petugas bersama syarikat telekomunikasi dan SESB bagi memantau keadaan semasa di tapak terkesan.

Mesyuarat berkala memberi tumpuan kepada penyelarasan pemulihan collector sites (tapak utama yang mengawal liputan komunikasi di kawasan sekitarnya) dan tapak kritikal yang dikenal pasti sebagai sasaran penting, selain memastikan penyaluran bekalan kuasa sementara melalui set generator bagi mempercepat proses pemulihan komunikasi.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi penyelamat, syarikat telekomunikasi serta pihak berkuasa negeri dan Persekutuan bagi memastikan komunikasi dan capaian internet di kawasan terjejas dapat dipulihkan segera demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah,” jelas kenyataan itu lagi. – 16 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related