HEADLINES

Azmin nafi mesej lepas jawatan Ketua Pembangkang Selangor tular

Khabar angin itu timbul susulan dakwaan beliau menghantar mesej kepada Adun PN Selangor menyatakan hasrat berundur mulai 1 Oktober

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa satu mesej tular dalam aplikasi WhatsApp mendakwa beliau melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu turut meminta khabar angin itu dihentikan serta-merta.

“Tidak benar, saya sentiasa optimistik dan berusaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu,” kata Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya memetik laporan FMT

Difahamkan, dalam mesej itu, Azmin didakwa memaklumkan sudah mengambil pendirian untuk berundur daripada jawatan itu dan menyerahkan kepada barisan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan calon pengganti.

Mesej itu antara lain memohon semua ADUN Perikatan Nasional (PN) untuk segera berbincang bagi memutuskan calon Ketua Pembangkang sebagai persiapan Sidang DUN Selangor akan datang.

Kandungan mesej itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang telah memberikan kerjasama sangat baik dalam tempoh perkhidmatannya. – 26 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related