◉ HEADLINES

Suspek kes tikam pelajar Tingkatan 4, ditahan reman 7 hari

Dia direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

12:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, semalam.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Dia direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek, yang juga pelajar peralihan tingkatan satu diwakili peguam Anuar Ezzad.

Dia yang berpakaian baju berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.40 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Dalam kejadian semalam, seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, maut disyaki ditikam oleh suspek, dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu di dalam kawasan sekolah mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 9.30 pagi, pada waktu persekolahan. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Batu Pahat, Kuala Lumpur, Nilai, Putrajaya antara 35 kawasan catat IPU tidak sihat

Semua sekolah, tadika dan taska di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup bermula hari ini

54 Malaysians still missing in Nepal, what’s their legal status now?

MASFIH wants answers as Nepal considers a 45-day timeframe

◉ Related