HEADLINES

NPC sedia wakili wartawan bebas dalam RUU Pekerja Gig 2025

NPC sentiasa menjadi rumah kepada semua pengamal media, termasuk wartawan bebas dan sambilan serta mana-mana wartawan yang memerlukan banduan

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia menyatakan kesediaan untuk mewakili wartawan sambilan dalam proses rundingan pertikaian di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang akan diperkenalkan, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai rangkaian sokongan untuk profesional media.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan, berkata perlembagaan kelab itu sudah pun membenarkan keahlian biasa terdiri daripada pelbagai kategori pekerja media termasuk kakitangan editorial, penyiaran, jurugambar, serta wartawan sambilan yang memperoleh pendapatan utama mereka menerusi industri media.

“Kelab ini sentiasa menjadi rumah kepada semua pengamal media, termasuk wartawan bebas dan sambilan serta mana-mana wartawan yang memerlukan bantuan,” katanya, yang dipetik dari portal Twentytwo13.

“Kami berbesar hati untuk menghulurkan tangan dan mendengar rintihan rakan-rakan dalam bidang kewartawanan yang memerlukan bantuan.”

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, persatuan atau kesatuan boleh mewakili pekerja gig termasuk wartawan bebas dalam Majlis Rundingan Tiga Pihak yang diwujudkan di bawah undang-undang baharu, dengan syarat organisasi tersebut turut mempunyai ahli daripada kalangan pekerja gig dalam profesion sama.

Sim berkata demikian dalam sesi taklimat di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai Rang Undang-Undang tersebut, yang baru-baru ini diluluskan oleh Dewan Negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, turut hadir pada sesi berkenaan.

Ahirudin berkata undang-undang itu, sebaik sahaja diwartakan, ia akan menjadi titik perubahan penting bagi wartawan dan jurugambar bebas, kerana akta itu memberikan saluran rasmi untuk menyelesaikan pertikaian.

“Semangat adalah pendorong utama bagi wartawan, namun industri ini berdepan pelbagai cabaran — terutama wartawan bebas yang bergelut untuk menampung kehidupan.

“NPC berada di sini untuk mereka, seperti mana yang kami sentiasa lakukan,” katanya.

Rang Undang-Undang Pekerja Gig itu memperkenalkan mekanisme berstruktur bagi menyelesaikan pertikaian antara pekerja gig dan entiti yang mengupah mereka.

Di bawah undang-undang tersebut, pekerja boleh mengemukakan aduan bertulis secara terus kepada entiti yang mengupah, yang perlu menyelesaikan aduan itu secara dalaman dalam tempoh 30 hari.

Jika gagal diselesaikan, perkara itu boleh dibawa kepada proses pendamaian di hadapan Ketua Pengarah Perhubungan Perindustrian atau pegawai yang dilantik.

Jika masih gagal, kes tersebut boleh dirujuk ke Tribunal, dan keputusan Tribunal boleh dibuat rayuan di Mahkamah Tinggi. — 20 Oktober 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related