◉ HEADLINES

Akaun bank berkait AMLA, penyalahgunaan AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu penutupan akaun bank kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram (AMLA) serta risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) antara perkara yang akan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Teresa Kok Suh Sim (PH–Seputeh) meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah kerajaan memperkemas koordinasi antara institusi perbankan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa bagi mempercepat proses rayuan akaun bank yang ditutup atas syak terlibat dalam kes AMLA, supaya prosedur yang lebih telus, berkesan dan tidak membebankan pemegang akaun dapat diwujudkan.

Pada sesi sama, Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengemukakan soalan kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai perincian projek tenaga hijau (angin) dari Vietnam yang akan mendarat di Kelantan sebelum dialirkan ke Singapura, termasuk lokasi dan pelan pelaksanaannya.

Beliau juga ingin mengetahui perancangan pelaksanaan projek tenaga hijau di Pantai Timur Semenanjung bagi peringkat Asean.

Sementara itu, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) meminta Menteri Komunikasi menjelaskan langkah yang telah dan akan diambil oleh kementerian bagi membendung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti deepfake, ChatGPT dan lain-lain dalam penyebaran berita palsu serta manipulasi imej dan suara yang boleh menimbulkan keresahan awam dan ketegangan antara kaum.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sambungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) peringkat dasar yang memasuki hari kelima, selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Okt lepas.

Menurut takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan peringkat dasar diadakan selama lapan hari sehingga 28 Oktober, manakala perbahasan peringkat jawatankuasa selama 14 hari bermula 5 hingga 27 November.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini. – 22 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related