◉ HEADLINES

Vaksin Influenza percuma pada 12,500 murid di Selangor minggu depan

Pemberian vaksin Influenza secara percuma itu dimulakan di daerah yang mencatatkan kadar kes tertinggi, iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat

2:51 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan program pemberian vaksin Influenza secara percuma di daerah yang mencatatkan kadar kes tertinggi, iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat bermula minggu hadapan.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata program berkenaan dijangka melibatkan sejumlah 12,500 murid dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Program itu bertujuan memastikan kanak-kanak, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah, mendapat perlindungan terhadap jangkitan Influenza serta mengurangkan penularannya dalam komuniti,” katanya menerusi kenyataan.

Jamaliah berkata program berkenaan akan dilaksanakan melalui dua kaedah, iaitu menerusi program bantuan di sekolah yang mempunyai Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi memberi vaksin Influenza kepada kira-kira 4,720 murid berumur 8 tahun ke bawah daripada golongan B40. 

Setiap murid akan menerima risalah maklumat lengkap mengenai program itu beserta kod QR untuk ibu bapa mendaftar melalui aplikasi SELangkah.   

“Kerajaan negeri melalui Selcare Management Sdn Bhd akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak pentadbiran sekolah dan pusat khidmat masyarakat bagi memastikan kelancaran program outreach (bantuan),” katanya.

Jamaliah berkata kaedah seterusnya secara kehadiran tanpa janji temu di Klinik Selcare atau klinik panel terpilih dengan ibu bapa perlu mendaftar serta mengesahkan status mereka melalui aplikasi SELangkah, sebelum hadir ke klinik.

Susulan itu, Jamaliah menyeru semua ibu bapa yang layak untuk mendaftar melalui aplikasi SELangkah dan memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan negeri bagi melindungi anak-anak daripada jangkitan Influenza.

“Kerajaan Selangor kekal komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah, terus terpelihara.

“Program vaksinasi Influenza ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga B40, tetapi juga berperanan penting dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kehadiran anak-anak ke sekolah,” katanya. – 2 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related