◉ HEADLINES

Pemimpin Bersatu yang dicari SPRM bagi siasatan MEX II dipercayai berada di luar negara

Timbalan Ketua Bersatu bahagian Segambut itu dicari bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya MEX II

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung projek lebuh raya MEX II, disyaki berada di luar negara.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan lokasi Adam Radlan.

“Kami akan memulakan kerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam masa terdekat.

“Perkara yang paling penting adalah mengesan di mana beliau berada,” katanya, seperti dilaporkan media hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan ia sedang mencari Adam Radlan bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya MEX II.

Projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II) dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada penghujung 2019, namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan.

Pada 8 September, Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap empat pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM313 juta, serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta, semuanya berkaitan MEX II.

Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan Adam, 44, daripada 12 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Projek Jana Wibawa selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

12 pertuduhan itu ialah lima bagi kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan tujuh lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram di bawah AMLA. – 16 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related