◉ HEADLINES

Tindakan Shamsul Iskandar lepas jawatan bukti integriti Kerajaan Madani: Anwar

Perdana Menteri menegaskan tindakan Shamsul Iskandar pantas menyerahkan siasatan kepada SPRM tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan susulan terkait dakwaan rasuah, membuktikan Kerajaan Madani mengamalkan tahap integriti yang tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Shamsul Iskandar meletakkan jawatannya itu adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran sebelum ini.

“Beliau terus meletak jawatan dan meminta siasatan dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Mana ada dulu macam itu? Ini ada tuduhan terus berhenti dan panggil SPRM siasat. Barulah kita ada integriti.

“Dulu, kalau Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara. Nak cakap soal integriti, integriti apa itu?” kata Anwar ketika menghadiri sesi townhall pada program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam, di Kota Kinabalu, hari ini.

Anwar berkata, beliau sentiasa menitipkan pesanan kepada semua petugasnya untuk mengambil tanggungjawab sekiranya didapati terlibat dalam sebarang salah laku yang mencemarkan integriti.

“Saya pesan kepada staf saya, jika didapati bersalah, kamu perlu menanggung padahnya, siasatan menyeluruh, bawa ke mahkamah, baru betul kita jaga negara ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan untuk memastikan Malaysia mencapai status sebuah negara yang berjaya, asasnya perlu bermula dengan tatakelola pemerintahan yang baik.

Selasa lalu, negara digemparkan dengan peletakan jawatan mengejut Shamsul Iskandar sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, berikutan dakwaan wujud cubaan menyerang beliau dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani. – 27 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related