HEADLINES

Tun Mahathir dedah kalau Muhyiddin tak jadi PM dia akan masuk ‘dalam’

Kenyataan Tun M dan kritikan bekas pemimpin Bersatu timbulkan persoalan terhadap kepimpinan PN

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu menjadi Perdana Menteri kerana bimbang kemungkinan akan dimasukkan ke penjara susulan pendakwaan kes mahkamah yang membabitkan diri dan keluarganya.

Difahamkan Muhyiddin ingin menjadi Perdana Menteri bukan kerana mahu berkhidmat kepada negara sebaliknya lebih kepada menyelamatkan dirinya dan keluarga dari tindakan undang-undang.

Perkara itu didedahkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama ARMADA Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10 Disember lalu.

“Dia bukan apa..dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.

“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” katanya dalam rakaman video pertemuan berdurasi kira-kira 2 minit yang kini tular.

Tun Mahathir mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu mencuri duit sumbangan kepada parti PN dan didakwa disimpan di kediamannya.

“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.

“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.

Sebelum ini media melaporkan, bekas pemimpin Bersatu, Wan Saiful Wan Jan Wan berkata Muhyiddin sudah menjadi liabiliti kepada Perikatan Nasional (PN).

Tegas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, sudah timbul pelbagai persoalan berhubung niat sebenar Muhyiddin untuk menjadi calon Perdana Menteri.

“Dulu sebelum ini, memanglah mengenai perjuangan dan ingin memperbaiki negara. Tapi ada orang sudah mula bertanya, adakah beliau (Muhyiddin) ingin menjadi Perdana Menteri bagi menutup kesnya di mahkamah?

“Adakah dia nak jadi calon Perdana Menteri bukan sebab rakyat, tetapi untuk memastikan menantu, cucu dan anaknya boleh balik semula ke Malaysia? Persoalan ini dari segi politik, mencederakan mesej PN sebagai parti yang bersih dan stabil,” katanya dalam program The Zaid Ibrahim Podcast baru-baru ini. – 12 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related