HEADLINES

Media Prima sahkan hantaran tular babit Fahmi dan TikTok adalah palsu

Susulan daripada itu, Media Prima juga telah membuat satu laporan polis

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Media Prima Berhad menegaskan bahawa satu hantaran yang tular membabitkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan TikTok adalah palsu dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Syarikat gergasi media itu menegaskan tangkap layar tular yang kononnya dari platform Buletin TV3 dengan tajuk ‘TikTok Malaysia akan ditutup kerana ia merugikan negara kita – Fahmi Fadzil’ adalah palsu dan tidak benar.

“Ia adalah palsu dan direka serta disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Tangkap layar yang tular itu adalah fitnah semata-mata dan bukan daripada saluran rasmi kami,” kata Media Prima.

Susulan daripada itu, Media Prima juga telah membuat satu laporan polis.

Difahamkan, individu yang menyebarkan berita palsu tersebut sudah dikenal pasti dan dikenali sebagai Syafinas Abu Bakar.

Malah Fahmi menerusi akaun Facebook miliknya turut menasihatkan individu dikenali sebagai Syafinas Abu Bakar untuk insaf dan tidak menjadikan tabiat menyebarkan berita palsu sebagai amalan.

“Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian,” tegur Fahmi ringkas. – 29 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related