◉ HEADLINES

Hotel “mesra gay” diserbu JAIM, MPHTJ lengang

37 bilik diperiksa, tiada kesalahan syariah dikesan namun lesen perniagaan disita untuk siasatan lanjut

8:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah hotel yang didakwa ‘mesra gay’ dan tular di media sosial lengang selepas diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam satu operasi bersepadu hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata tindakan segera diambil selepas isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang pendakwah bebas.

“Berdasarkan pemeriksaan terhadap 37 bilik di hotel berkenaan, pihak berkuasa tidak mengesan sebarang kesalahan syariah di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,” katanya.

Walaupun tiada kesalahan syariah dikesan, pemeriksaan di sebuah bilik yang tidak berkunci menimbulkan tanda tanya apabila keadaan berselerak seolah‑olah baru digunakan, dengan dua helai tuala tergantung dan dua kotak kondom ditemui dalam tong sampah.

Rahmad menjelaskan lesen perniagaan hotel turut disita untuk siasatan lanjut, dengan premis diarahkan tutup sehari sementara pemilik dipanggil memberi penjelasan.

Beliau menegaskan operasi ini bukan sekadar penguatkuasaan undang‑undang, tetapi juga usaha menjaga keharmonian masyarakat.

“Umat Islam dinasihati agar menjauhi amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia bertentangan dengan hukum syarak serta norma masyarakat,” katanya.

JAIM, katanya, akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pematuhan undang‑undang dan melindungi kesejahteraan komuniti di Melaka. – 13 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related