◉ HEADLINES

ART hanya dimuktamad selepas rundingan menyeluruh: Johari

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata proses ini ruang untuk mentakrif semula peruntukan agar tidak disalah tafsir

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang sebelum Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) diratifikasi secara muktamad.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu penting bagi menangani kebimbangan, khususnya berkaitan isu kedaulatan negara.

“Perkara ini perlu dibincangkan secara terbuka dan kolektif termasuk pada peringkat Parlimen untuk memastikan kepentingan negara terus terpelihara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) di Dewan Rakyat hari ini.

Johari menjelaskan terdapat beberapa peruntukan dalam ART yang masih kabur dan berpotensi menimbulkan salah faham mengenai kedaulatan.

“Justeru, proses ratifikasi ini akan digunakan sebagai ruang untuk mentakrif semula maksud sebenar peruntukan tersebut agar ia tidak disalah tafsir atau disalah guna,” katanya.

Beliau menegaskan perjanjian itu berorientasikan ekonomi dan perdagangan, bukan politik, dengan tujuan memastikan tiada diskriminasi terhadap pelabur sedia ada.

Katanya, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas rundingan menyeluruh termasuk melalui mekanisme perbincangan bersama.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa ART Malaysia–Amerika Syarikat yang dimeterai pada 26 Oktober lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan.

Beliau berkata kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas.

Menurut Anwar, penguatkuasaan peruntukan belum berlaku kerana ruang maklum balas masih terbuka dan tiada jadual tamat tempoh rundingan ditetapkan setakat ini. – 21 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

◉ Related