◉ HEADLINES

Permohonan maaf Murray Hunter, titik noktah pertikaian dengan MCMC

Selepas permohonan maaf terbuka dan penarikan semua kenyataan berunsur fitnah, Murray Hunter bersetuju dengan perintah mahkamah yang direkodkan sebagai sebahagian penyelesaian saman MCMC

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Murray Hunter (MH) mencapai satu Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam susulan saman difailkan MCMC terhadap penulis blog itu berhubung kenyataan berunsur fitnah di platformnya.

MCMC dalam satu kenyataan berkata prosiding dalam talian itu berlangsung di hadapan Yang Arif Noor Hayati Mat.

“Perintah Persetujuan tersebut turut menjadi sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian bertarikh 12 Januari 2026, yang berkaitan prosiding jenayah terhadap MH di Thailand – juga berpunca daripada kenyataan fitnah terhadap MCMC,” kata kenyataan itu.

Dalam prosiding itu, MCMC diwakili oleh Datuk Selva Mookiah dan Nurshafiqa Balqish Jaffri, manakala MH hadir mewakili dirinya sendiri.

MH sebelum ini telah membuat permohonan maaf terbuka dan menurunkan semua penerbitan berunsur fitnah daripada platformnya.

Beliau turut mengesahkan komitmen untuk tidak mengulangi penerbitan kenyataan serupa pada masa hadapan.

“MCMC memandang serius sebarang kenyataan palsu dan fitnah, dan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi integriti serta memastikan akauntabiliti berhubung penerbitan yang melulu dan tidak bertanggungjawab sedemikian,” katanya. – 5 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related