◉ HEADLINES

Bekas setiausaha politik bekas Ketua Menteri Melaka, isteri direman 5 hari

9:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka bersama isteri kerana meminta dan menerima rasuah hampir RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Februari itu dikeluarkan terhadap suspek yang juga bekas Timbalan Exco Kerajaan Negeri dan isteri oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.

Menurut SPRM, kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan umur 40 an dan 50-an telah ditahan kira-kira jam 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021,” katanya.

Tambahnya lagi, pasangan suami isteri ini disyaki menggunakan wang rasuah tersebut untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah AKTA SPRM 2009. – 12 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related