HEADLINES

Stesen minyak sesak malam tadi, orang ramai mahu habiskan kuota Budi95 300 liter

Kuota petrol bersubsidi RON95 diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan mulai 1 April, susulan krisis di Asia Barat yang menyebabkan gangguan kepada bekalan minyak dan ekonomi dunia

9:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelarasan kuota bulanan petrol bersubsidi Budi Madani RON95 (Budi95) daripada 300 liter kepada 200 liter bermula hari ini, susulan peningkatan harga minyak global akibat konflik Asia Barat yang berlarutan.

Berikutan itu, malam tadi stesen-stesen minyak di Lembah Klang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah kenderaan dengan ramai yang mahu memaksimumkan penggunaan Budi95 sehingga 300 liter.

Media melaporkan orang ramai mengambil peluang untuk menghabiskan kuota RON95 mereka, hingga memenuhi kawasan berkenaan.

Kesesakan itu bermula pada waktu petang dan dilaporkan berakhir sebelum tempoh tengah malam tadi.

Pada Khamis, kuota petrol bersubsidi RON95 diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan susulan krisis di Asia Barat yang menyebabkan gangguan kepada bekalan minyak dan ekonomi dunia.

Pelarasan berkenaan bermula pada 1 April sehingga bekalan RON95 kembali pulih.

Semalam, Ketua Pakar Ekonomi bank Amerika, JPMorgan, Bruce Kasman dilaporkan berkata, harga minyak boleh melonjak sehingga US$150 setong sekiranya Selat Hormuz terus ditutup untuk tempoh sebulan lagi.

“Senario di mana selat itu kekal ditutup untuk tambahan sebulan lagi adalah selari dengan kenaikan harga minyak ke arah US$150 setong serta kekangan bekalan tenaga terhadap pengguna industri,” kata Kasman, yang dipetik oleh akhbar Britain, The Times.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran mulai 28 Februari lalu, yang menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa orang awam.

Iran pula melakukan serangan balas ke atas wilayah Israel, selain menyasarkan pangkalan tentera AS di Timur Tengah.

Pada 27 Mac lalu, Iran secara rasmi mengumumkan Selat Hormuz ditutup dan semua kapal yang bergerak dari atau ke pelabuhan sekutu musuh Iran dilarang. – 1 April, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related