◉ HEADLINES

‘Bagai kaduk naik junjung, dangkal adab!’: Asyraf tempelak Tony Pua

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan kebebasan bersuara bukanlah lesen untuk mempersendakan titah Sultan Selangor berhubung isu sensitif di negeri tersebut

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membidas keras bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, menyifatkan kenyataan terbaharu bekas pemimpin DAP itu sebagai biadab dan tidak menghormati Institusi Raja Berpelembagaan.

Sambil menyifatkan kelakuan Pua seperti “kaduk naik junjung”, Asyraf menegaskan bahawa kebebasan bersuara sama sekali tidak boleh dijadikan lesen untuk mempersendakan titah institusi diraja.

“Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap Institusi Raja. Bila Titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab. Tony Pua ini bagai kaduk sudah naik junjung, lupa adab dan batas. Umno bersama Tuanku!” tegasnya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Pertikai kuasa titah monarki

Ketegangan ini tercetus selepas Pua mengeluarkan kenyataan kontroversial yang mendakwa rakyat tidak hidup dalam sistem di mana monarki boleh mengeluarkan titah yang mengikat bagi semua aspek kehidupan.

Pua turut menyeru rakyat Malaysia membaca serta memahami prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan, sambil menyatakan kesetiaannya adalah kepada ‘Raja dan Negara’ berteraskan Perlembagaan, bukannya berdasarkan titah semata-mata.

Rentetan teguran Sultan Selangor

Isu ini dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini, yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Wong Siew Ki, dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu, untuk hadir ke Dataran Selangor sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Saranan Baginda itu bertujuan agar kedua-dua pemimpin berkenaan dapat memahami, menghayati prinsip Rukun Negara, serta menghormati kedaulatan institusi diraja demi membentuk adab kesopanan dan kesusilaan yang tinggi.

Titah tegas Sultan Selangor itu menyusul ekoran kontroversi reaksi mereka terhadap arahan Baginda supaya aktiviti penternakan babi di Selangor dihentikan sepenuhnya.

Wong Siew Ki sebelum ini mengundang kecaman selepas mencadangkan penternakan babi diteruskan menggunakan sistem tertutup dan moden, manakala Ronnie Liu pula menggesa penternak yang tidak berpuas hati untuk membawa kes tersebut ke mahkamah menerusi semakan kehakiman. – 20 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related