◉ HEADLINES

Pegawai LHDN, doktor dan anak maut dalam kemalangan

Siasatan awal mendapati sebuah pikap yang dari arah Kuantan menghala ke Muadzam Shah, dipercayai cuba memotong sebuah lori telah terlanggar lopak air, sebelum hilang kawalan serta memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan itu

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga orang termasuk seorang doktor dan anak perempuannya serta pegawai kanan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zain berkata, enam yang lain turut mengalami kecederaan dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.

Dalam kemalangan berkenaan, katanya, dua pemandu iaitu Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas di Hospital Segamat, Johor dan Azaharuddin Mohd Ali, 46, yang berkhidmat di LHDN Cyberjaya, maut di tempat kejadian.

Sementara anak kepada Dr Mohamad Zekry, Dhea Sofia yang berusia dua tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Chini.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, kenderaan yang dipandu pegawai perubatan dan pegawai kanan LHDN itu dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Ketika di lokasi kejadian, sebuah pikap yang dari arah Kuantan menghala ke Muadzam Shah, dipercayai cuba memotong sebuah lori telah terlanggar lopak air, sebelum hilang kawalan serta memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Zaidi, mangsa yang cedera ialah isteri, ibu dan bapa mertua Dr Mohamad Zekry.

“Turut cedera penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu isteri dan anak lelaki Azaharuddin serta pemandu pikap berusia 31 tahun,” katanya.

Mohd Zaidi berkata semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pekan.

“Mangsa yang meninggal dunia dalam nahas itu, dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 20 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related