◉ HEADLINES

Onn Hafiz tidak perlu bimbang siapa calon MB Pakatan Harapan: Zaliha

Rakyat Johor juga masih ingat apa yang berlaku pada PRN Johor yang lalu apabila Umno dan BN menampilkan Datuk Seri Hasni Mohamad sebagai 'poster boy' namun akhirnya yang dilantik sebagai Menteri Besar ialah Onn Hafiz sendiri

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak perlu bimbang mengenai calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan tersebut mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah tersebut jika diberi mandat.

Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, menghairankan apabila Onn Hafiz mendesak PH mengumumkan calon Menteri Besar kerana kononnya rakyat berhak mengetahuinya sedangkan beliau sendiri menyatakan status ‘poster boy’ bukan jaminan seseorang akan menjadi Menteri Besar.

“Jadi yang mana satu sebenarnya? Jika pelantikan Menteri Besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau?

“Rakyat Johor juga masih ingat apa yang berlaku pada PRN Johor yang lalu apabila Umno dan BN menampilkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai wajah utama dan ‘poster boy’ namun akhirnya, yang dilantik sebagai Menteri Besar ialah Datuk Onn Hafiz sendiri.

‘Justeru apabila Onn Hafiz begitu mendesak PH menamakan calon Menteri Besar, rakyat tentunya berhak bertanya sama ada beliau benar-benar bercakap tentang hak rakyat untuk tahu, atau sekadar cuba mencipta polemik politik yang beliau sendiri akui bukan penentu pelantikan Menteri Besar.

“Jadi yang mana satu sebenarnya? Jika pelantikan Menteri Besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau,’’ soal Dr Zaliha dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, dalam temubual khas dengan pengamal media, Onn Hafiz berkata kedudukan sebagai poster boy atau watak utama mewakili kempen sesebuah parti dalam pilihan raya bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan baharu.

Menurut Onn Hafiz, perkenan istana, khususnya Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail amat penting dalam menentukan siapa bakal menerajui kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, PH menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar.

“Sebab itu kami tidak terlalu ghairah bermain politik persepsi atau menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen,’’ katanya.

Fokus PH, ujar beliau, kekal sama dan akan turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka serta menawarkan dasar serta penyelesaian yang mampu meningkatkan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan.

“Rakyat Johor lebih berminat untuk mengetahui bagaimana masa depan mereka boleh diperbaiki, bukan siapa yang paling sibuk bermain politik persepsi,’’ katanya. – 20 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia ranks 13th in Global Peace Index, maintains strong score despite drop

Home Minister Saifuddin Nasution says Malaysia’s consistent peace score was overtaken by improved performances from other nations, including Scandinavian countries

◉ Related