◉ HEADLINES

Bersatu persoal mesyuarat tergempar MT PN esok sedangkan pengerusi PN terpaksa rujuk presiden parti: Tun Faisal

Tun Faisal mendakwa Ahmad Samsuri hanya Naib Presiden PAS yang tidak mempunyai kuasa eksekutif seperti Presiden parti untuk memuktamadkan keputusan

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu mempersoalkan mengenai mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) yang dilaporkan akan diadakan esok, sedangkan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak boleh membuat keputusan muktamad.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa Ahmad Samsuri hanya Naib Presiden PAS yang tidak mempunyai kuasa eksekutif seperti Presiden parti untuk memuktamadkan keputusan.

Beliau juga mendakwa, Ahmad Samsuri perlu merujuk Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bukan anggota MT PN dan Majlis Syura Ulama Pas sebelum membuat keputusan.

Justeru, Tun Faisal berkata, adakah mesyuarat tergempar itu hanya untuk membuat cadangan atau hanya menyampaikan keputusan yang telah dibuat di luar MT perikatan berkenaan.

Tun Faisal Ismail Aziz – Gambar fail Scoop, 21 Jun, 2026

“Akhirnya ada Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MT PN), walaupun bukan mesyuarat biasa dan sepatutnya ia dipanggil sebaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan serta apabila terdapat kemungkinan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan.

“Selepas Mesyuarat MT PN, wajarlah dipanggil pula Mesyuarat Rundingan Kerusi dan Persiapan Pilihanraya. Dan selepas itu, dipanggil Mesyuarat Jawatankuasa ‘electoral pact’ dengan parti-parti bukan anggota PN. Barulah teratur perjalanan Perikatan Nasional.

“Persoalannya, kenapakah Mesyuarat MT PN ini tidak dipanggil lebih awal sedangkan banyak urusan berkaitan persiapan PN memasuki pilihan raya perlu diuruskan,’’ katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan PN akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan itu di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, di sini, malam esok.

Dalam notis mesyuarat yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 2026 itu, sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan Mesyuarat).

Mengulas lanjut, Tun Faisal memberitahu, PAS tidak membuat keputusan semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN (MT PN).

“Berdasarkan kenyataan seorang pemimpin PAS yang disiarkan oleh media, ia menjelaskan ‘kita bincang, runding apa yang tak selesai bawa balik kepada parti untuk dibincang dan kemudian diambil keputusan parti bawa balik ke mesyuarat gabungan akan datang, itu proses yang berlaku’.

“Jika begitu apakah tujuan dipanggil mesyuarat tergempar MT PN pada 22 Jun untuk buat keputusan atau buat cadangan, atau hanya menyampaikan keputusan yang telah dibuat di luar mesyuarat MT PN,’’ soalnya.

Jelasnya, jika cadangan yang dibuat tidak menepati kehendak pihak tertentu, adakah tindakan selepas ini dan bolehkah kenyataan terbuka yang mempertikai dan membuat keputusan veto dibuat. – 21 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related