HEADLINES

Mengata dulang paku serpih: Kadir Jasin tegur kuasa Istana, bela Syed Saddiq

Wartawan veteran dan tokoh politik, Datuk A. Kadir Jasin, dalam catatan Facebook lantang mengingatkan bahawa penghinaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sama seperti menghina rakyat yang memilihnya sambil menggunakan analogi ular untuk menyindir sikap segelintir pihak yang berkuasa tetapi tidak semestinya bijaksana

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin menyamakan penghinaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan penghinaan terhadap pengundi Muar, sambil menegaskan bahawa kedudukan seseorang ditentukan oleh Allah SWT, bukan pangkat atau keturunan.

“Syed Saddiq itu seorang muda Johor yang berjaya dan disanjungi ramai… Dia jadi Ahli Parlimen bukan kerana dilantik tetapi dipilih oleh pengundi Bandar Diraja Muar. Menghinanya samalah dengan menghina rakyat jelata yang memilihnya,” tulis Kadir.

Dalam catatan panjang bertajuk Mengata Dulang Paku Serpih, Kadir mengimbas pengalaman zaman kanak-kanak menebang mengkuang di kampung dan mengaitkannya dengan analogi ular — ada yang disanjung kerana kedudukan tinggi tetapi hakikatnya tidak berbisa.

“Ada yang berpangkat besar, duduk di tempat tinggi, disanjung, dihormati dan digeruni. Tetapi dari segi kecerdikan, kebijaksanaan dan budi pekerti mungkin tidaklah sehebat mana,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan perlu dihormati, namun rakyat berhak memilih wakil mereka.

Wartawan veteran dan tokoh politik itu memetik ayat al-Quran bagi menegaskan bahawa kemuliaan seseorang bukan ditentukan oleh harta atau keturunan, tetapi tahap ketakwaan.

“Kita bukan lagi masyarakat berkasta. Surah Al-Hujurat ayat 13 menegaskan bahawa ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah, sama sekali bukan kerana kekayaan, keturunan, mahu pun bangsa, tetapi tahap ketakwaannya.

“Yang berada di tempat tinggi dengan keistimewaan undang-undang dan adat resam janganlah pandang hina dan buli yang totok macam sering ditonjolkan oleh filem Bollywood.”

“Jangan jadi dulang yang kata paku serpih, periuk yang kata belanga hitam,” sindirnya. – 25 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related