◉ HEADLINES

Satu-satunya wakil PKR, Maszlee Malik sifatkan kemenangan di DUN Puteri Wangsa bukan untuk bermegah

Kekal sebagai satu-satunya wakil Parti Keadilan Rakyat yang memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini, bukanlah satu kebanggaan untuk dimegahkan, tetapi sebuah manifestasi kepercayaan yang harus saya junjung dengan penuh insaf, kata Maszlee

10:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu-satunya wakil PKR yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr. Maszlee Malik menyifatkan kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa bukan satu kebanggaan untuk dimegahkan.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan sebuah manifestasi kepercayaan yang harus dijunjung dengan penuh insaf.

Malah, ujar Maszlee, kemenangan di DUN Puteri Wangsa itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar.

“Kekal sebagai satu-satunya wakil Parti Keadilan Rakyat yang memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini, bukanlah satu kebanggaan untuk dimegahkan, tetapi sebuah manifestasi kepercayaan yang harus saya junjung dengan penuh insaf,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada PRN Johor ke-16, BN berjaya mengekalkan mandat mentadbir Johor selepas memenangi 48 daripada 56 DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus membentuk semula kerajaan negeri dengan majoriti lebih besar.

Kemenangan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada 2022 sekali gus kali gus menguasai majoriti dua pertiga DUN Johor.

SPR mengeluarkan keputusan lengkap pada kira-kira 1 pagi tadi, dengan yang terakhir diperoleh ialah DUN Puteri Wangsa sekali gus menyaksikan PH menang di lapan kerusi.

Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) pula gagal memenangi sebarang kerusi manakala enam calon Bebas yang bertanding turut berdepan nasib serupa.

Maszlee menang di DUN Puteri Wangsa dengan memperoleh 41, 821 undi dalam saingan lima penjuru.

Kerusi DUN Puteri Wangsa sebelum ini disandang Amira Aisya Abd Aziz daripada Muda yang tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN kali ini.

Dalam pada itu, Maszlee turut ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan PKR yang lain seluruh akar umbi serta jentera sokongan.

Beliau turut memetik kata-kata Imam Al-Ghazali mengenai amanah yang dipikulnya sebagai wakil rakyat bagi penduduk di Puteri Wangsa.

“Kemenangan ini adalah amanah yang sangat berat. Saya memohon doa daripada kalian semua, agar saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memikul ko amanah ini, membela nasib rakyat Puteri Wangsa, dan membawa suara Keadilan di bumi Johor dengan sebaik-baiknya,’’ katanya. – 12 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related