◉ HEADLINES

Pertindihan kerusi dengan parti komponen: Bersatu berdepan digugur keahlian dalam PN

Isu berkenaan, bagaimanapun perlu diteliti dari sudut perlembagaan PN

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Bersatu untuk meletakkan calon menentang Perikatan Nasional (PN) di sekurang-kurangnya lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, menyebabkan parti itu berdepan penamatan keahlian dalam gabungan tersebut.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa, ia berdasarkan konvensyen gabungan berkenaan namun ia perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti.

Perkara itu, katanya, mungkin akan dibincangkan selepas PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

“Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam Perikatan Nasional. Namun begitu hal ini perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu

“Namun buat masa ini, tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu. Mungkin akan hanya dibincang selepas pilihan raya.

“Penyertaan Bersatu adalah sesuatu yang cuba memberi untung kepada DAP dan PH. Kita serah pada rakyat untuk menilainya,’’ kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Pada PRN Negeri Sembilan ini, Bersatu bertanding di 24 kerusi DUN termasuk dua daripada Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) menggunakan logo Bersatu.

Pada Jumaat, Bersatu mengumumkan calonnya bakal bertembung dengan PAS di empat kerusi manakala empat lagi adalah calon Parti Wawasan Negara (Wawasan), sekali gus menyaksikan pertembungan sesama komponen Perikatan Nasional.

Empat kerusi yang menyaksikan pertembungan antara calon Bersatu dan PAS ialah di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang manakala empat kerusi bertembung dengan calon Wawasan di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas. – 18 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

RM600mil heritage revival covers Sultan Abdul Samad Building, not just Carcosa: Khazanah

Opposition questions investment value, urges privatisation of historic sites instead

◉ Related