◉ HEADLINES

Gerakan pecat Tang Jay Son, bertanding tiket Bersatu di DUN Rahang

Gerakan menyifatkan tindakan Tang sebagai pelanggaran disiplin parti yang serius dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti

8:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan memecat keahlian Tang Jay Son berkuat kuasa serta-merta selepas beliau bertanding atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menurut Setiausaha Agung parti itu, Wong Chia Zhen, tindakan itu diambil ke atas Tang, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang kerana ia merupakan pelanggaran disiplin parti yang serius dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti.

Wong berkata, setiap ahli bertanggungjawab mematuhi perlembagaan parti, menghormati keputusan organisasi serta menjaga disiplin dan integriti parti pada setiap masa.

“Mana-mana ahli yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tang, berdepan dengan pertandingan empat penjuru di DUN Rahang iaitu penyandang Siau Meow Kong (Pakatan Harapan), Yap Siok Moy (Barisan Nasional) dan S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

PRN Negeri Sembilan yang ditetapkan pada 1 Ogos ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) manakala PH bertanding solo di semua 36 DUN.

Pada PRN ke-16 ini juga, PH akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, BN (25 kerusi) dan PN (11 kerusi), selain Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) masing-masing satu kerusi DUN.

Sementara Bersatu akan bertanding di 24 kerusi DUN dengan menggunakan logo Bersatu.
PRN terakhir Negeri Sembilan berlangsung pada 12 Ogos 2023 dengan PH memenangi 17 kerusi DUN, diikuti BN dengan 14 kerusi dan PN lima kerusi. – 18 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related