HEADLINES

Lapan ahli Kongres Demokrat gesa Washington kaji semula hubungan dengan Malaysia

Lapan anggota Kongres mendesak Washington menilai semula hubungan keselamatan dengan Malaysia, termasuk menggantung pembiayaan latihan ketenteraan, susulan kenyataan Anwar Ibrahim mengenai pengusiran rakyat Israel

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lapan anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) menggesa Setiausaha Negara Marco Rubio menilai semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia, termasuk menggantung pembiayaan latihan ketenteraan, susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghantar pulang warga Israel yang ditemui di negara ini.

Dalam surat bertarikh 21 Julai, anggota Demokrat diketuai Greg Landsman (Ohio) menyifatkan keengganan Malaysia mengiktiraf Israel sebagai “membimbangkan” dan menolak kenyataan Anwar sebagai tidak boleh diterima.

“Adalah sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan secara terbuka menyatakan negaranya akan mengusir rakyat sebuah negara sekutu rapat kami hanya berdasarkan kewarganegaraan mereka,” kata mereka lapor FMT.

Surat itu turut ditandatangani Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss.

Ahli Kongres berkenaan menekankan bantuan keselamatan AS kepada Malaysia termasuk program International Military Education and Training (IMET), sambil mendakwa laporan sebuah institut Israel menyebut anggota Hamas pernah menjalani latihan di Malaysia. Mereka menuduh Putrajaya “mengalu-alukan pengganas sambil menyasarkan orang Yahudi”.

Mereka menggesa Jabatan Negara AS menjelaskan tindakan yang dirancang serta menggantung pembiayaan IMET sekiranya dasar itu tidak dibatalkan dalam tempoh 15 hari.

Kenyataan Anwar dibuat selepas dakwaan warga Israel menggunakan pasport negara lain untuk menyertai Network School, komuniti ‘digital nomad’ di Forest City, Johor.

Pemegang pasport Israel secara amnya tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana tiada hubungan diplomatik.

Minggu lalu, Jabatan Imigresen mengesahkan semua 256 warga asing di Network School memiliki dokumen perjalanan sah.

Terkini Network School di Forest City, Johor telah diarahkan tutup serta-merta selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan NSO Malaysia Sdn Bhd.

MDEC turut bertindak menarik balik status Malaysia Digital syarikat itu, manakala pengasasnya Balaji Srinivasan sudah mengumumkan perpindahan operasi ke Kazakhstan. – 22 Julai, 2026

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related