◉ HEADLINES

JPV Selangor panggil suspek, saksi kes kematian Rocky

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor berkata pasukan penyiasatnya telah merakam percakapan pihak terbabit semalam, di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor telah memanggil suspek dan saksi dalam kejadian kematian seekor anjing bernama Rocky, ketika operasi tangkapan haiwan liar dijalankan di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Rabu lalu.

Dalam kenyataannya, JPV berkata pasukan penyiasatnya telah merakam percakapan pihak terbabit semalam, di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

“Kes disiasat di bawah subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

Pasukan Kebajikan Haiwan JPV Selangor juga, katanya, membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Semalam, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita, kecewa dan marah terhadap insiden kekejaman terhadap haiwan peliharaan serta terbiar, khususnya anjing dan kucing yang masih berlaku dan tular baru-baru ini.

Istana Alam Shah memaklumkan Tengku Permaisuri Norashikin turut menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengkaji semula hukuman di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, agar hukuman terhadap pesalah kekejaman haiwan diperketat dan dikuatkuasakan dengan lebih konsisten.

Titah Tengku Permaisuri Norashikin itu menyusuli kemarahan orang ramai berhubung penularan satu video yang didakwa memaparkan seekor anjing bernama Rocky, yang dibunuh di Pelabuhan Klang, sekali gus mendorong Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa siasatan segera dijalankan.

Sementara Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, polis membuka kertas siasatan membabitkan kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, itu, yang dipercayai mempunyai unsur khianat terhadap haiwan.

Dalam pada itu, JPV Selangor memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, adil dan tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak.

Menurut JPV Selangor, pihaknya menerima beberapa aduan menerusi sistem MyAnimalWelfare kira-kira 9.25 malam pada 30 Julai lepas berhubung rakaman video tular yang memaparkan sekumpulan individu mengikat dan menarik leher seekor anjing, manakala seorang wanita dilihat merayu supaya haiwan itu dilepaskan.

“Hasil siasatan awal JPV Selangor mendapati kejadian tersebut berlaku pada 29 Julai 2026, lebih kurang pukul 10.50 malam di sekitar Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang semasa operasi gotong-royong tangkapan anjing liar oleh pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama penduduk taman perumahan.

“Operasi tangkapan anjing liar oleh MBDK merupakan tindakan awal pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengawal populasi anjing liar yang banyak demi menjamin kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan berkenaan. – 2 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

Power outage hits parts of KL and PJ, TNB working to restore supply

Tenaga Nasional urges caution as malls and residential areas affected

◉ Related