HEADLINES

‘Biarkan kepada saya, saya tahu apa nak buat’, kata Zahid sebagai jaminan lindungi penjawat awam

Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan untuk melindungi benteng penjawat awam daripada tekanan politik, sambil menitipkan mesej 'tersirat' buat pihak tertentu

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil memberikan jaminan untuk melindungi penjawat awam yang melaksanakan tugas secara profesional daripada sebarang tekanan susulan pertembungan politik semasa.

Tegasnya, warga perkhidmatan awam tidak perlu gentar dan mesti terus mematuhi peraturan serta saluran perundangan yang betul.

“Saya akan lindungi… saya profesional dalam perkara ini. Saya mahu mengikut peraturan dan saluran perundangan yang betul. The rest, leave it to me. I know what to do with it (Selebihnya biarkan kepada saya, saya tahu apa perlu dibuat) dan Insya-Allah siapa yang akan pergi, siapa yang diperintah pergi, tengok nanti,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tuntutan tugas pentadbiran, Ahmad Zahid menyenaraikan garis panduan tegas agar jentera kerajaan kekal berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur politik kepartian demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, biarpun penjawat awam digesa peka terhadap perkembangan politik semasa, peranan mereka sebagai nadi perkhidmatan tidak boleh terheret dalam kancah berkenaan.

“Politik mungkin membentuk mandat kerajaan, namun perkhidmatan awam perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kecekapan jentera pentadbiran tidak sepatutnya terhenti hanya disebabkan dinamika politik yang bergolak.

“Penjawat awam perlu peka terhadap perkembangan politik, namun jangan sekali-kali dipengaruhi atau dipolitikkan. Urusan kerajaan tidak boleh terhenti hanya kerana suhu politik meningkat,” katanya.

Beliau turut mengangkat penjawat awam sebagai tonggak utama pentadbiran negara yang wajib dipertahankan daripada sebarang gangguan luar.

“Kita perlu benar-benar memahami konsep ini dengan jelas. Apa juga dinamika politik yang berlaku, peranan penjawat awam tidak boleh diganggu-gugat.

“Penjawat awam ialah tiang seri kesinambungan negara. Tanggungjawab penjawat awam adalah untuk memastikan pentadbiran kerajaan terus berfungsi, (projek) dilaksanakan, projek bergerak dan perkhidmatan sampai kepada rakyat,” katanya sambil mengulangi jaminan untuk memelihara kebajikan penjawat awam yang bertindak mengikut perundangan. – 6 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

KL traffic alert: Major road closures tomorrow for XTEP 10KM Time Trial 2026

Motorists are urged to plan ahead and avoid the Padang Merbok vicinity as police announce a four-hour lockdown on key city arteries

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

Related