◉ HEADLINES

RUU had tempoh PM, pengasingan kuasa AG sedia diusul: Azalina

Menteri Undang-Undang gesa semua ahli Parlimen ketepi politik partisan demi melepasi ujian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kini siap sepenuhnya dan sedia untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Begitupun, keputusan muktamad sama ada RUU bersejarah itu akan dibawa ke sidang Parlimen akan datang terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kapasitinya sebagai Ketua Majlis.

“Semua dah siap…hadkan tempoh masa (Perdana Menteri) dah siap. Tertakluk kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, sama ada kita nak bawa untuk diundikan dalam sesi ini (depan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan RUU Koroner, di sini hari ini.

Azalina menjelaskan bahawa cadangan pindaan tempoh jawatan Perdana Menteri melibatkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, sekali gus memerlukan sokongan padu majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Laluan sukar yang sama turut menanti satu lagi reformasi besar—RUU bagi mengasingkan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP)—yang turut mendesak ambang sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

“Sebab kedua-dua RUU ini pindaan (kepada) Perlembagaan, jadi kita perlu dua per tiga (majoriti)… sama juga dengan pemisahan (peranan) AG dengan PP memerlukan dua pertiga. Jadi, politik tempatan itu memang memainkan peranan,” katanya.

Memandangkan cabaran politik yang perlu dilepasi, Azalina menggesa kesemua ahli parlimen merentasi blok politik untuk menyokong kedua-dua langkah reformasi itu demi kepentingan jangka panjang negara.

Tegas beliau, langkah pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya berupaya meredakan keresahan awam berhubung dakwaan pendakwaan berunsur politik yang sering berulang.

“Jadi saya harap sangatlah Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan mana-mana parti politik mesti mengalu-alukan RUU ini, sebab ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Ia adalah untuk negara kita.

“… saya tak nak lagi dengar orang cakap bila kena dakwa, ada mengatakan ada udang sebalik batu dan sebagainya.

“Jadi insya-Allah, pemisahan peranan ini akan memberi lebih banyak keyakinan, terutama sekali bila Pendakwa Raya itu dilantik dalam proses Parlimen,” katanya. – 3 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related