◉ HEADLINES

Bajet 2027: Gaji minimum dinaikkan RM2,000 berkuat kuasa Jun 2027

Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta bagaimanapun dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu

7:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus memberikan manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baharu itu bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, langkah itu bertujuan merapatkan kesenjangan produktiviti dan upah pekerja, khususnya ketika pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan.

Beliau turut memberitahu, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai permulaan.

“Kadar gaji minimum hanya meningkatkan lantai pendapatan pekerja, sedangkan upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka.

“Pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus,” katanya ketika membentangkan Bajet 2027 di Parlimen hari ini. – 9 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related