◉ HEADLINES

Takiyuddin enggan tarik perkataan ‘munafik’ cadang proses mediasi

Johari sebelum ini berkata beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan enggan menarik balik perkataan ‘munafik’ seperti diarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sebaliknya mencadangkan proses mediasi diadakan.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, beliau telah menulis surat kepada Johari bagi menyelesaikan kontroversi berhubung penggunaan perkataan ‘munafik’ di Parlimen dengan mencadangkan mediasi sebagai penyelesaian secara baik.

Surat itu, katanya, telah diterima Johari dan masih menunggu maklum balas sama ada proses itu akan diadakan atau sebaliknya.

Menurut Takiyuddin, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima surat berkenaan pada Khamis.

“Saya tidak menarik balik kenyataan itu. Sebaliknya, saya menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan supaya beliau mengadakan sesi mediasi.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memanggil Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan saya untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) di Kota Bharu, malam tadi.

Pada Khamis, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan ‘munafik’ yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.

@scoopdotmy

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini. Johari berkata ketetapan itu berkuat kuasa sehingga esok. Katanya, beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua. #Takiyuddin #JohariAbdul #KotaBharu #DewanRakyat #Parlimen

♬ original sound – Scoopdotmy

Johari berkata beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua.

Ketetapan itu dibuat susulan perdebatan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semasa membahaskan Belanjawan 2027 selepas Rayer bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan susulan kenyataan Takiyuddin yang menggunakan perkataan “munafik” atau hipokrit ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, beliau kini menunggu maklum balas daripada Johari sama ada cadangan mediasi itu akan diteruskan.

“Jika mediasi tidak diadakan, saya mungkin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya. – 24 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related