◉ HEADLINES

PRN Melaka: Loke nafi bantuan RM1K pemandu teksi ‘gula-gula pilihan raya’

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebaliknya menegaskan inisiatif Belanjawan 2027 itu dinikmati seluruh negara

1:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke tampil menyelar tohmahan kononnya pengagihan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di negeri ini hari ini dibuat semata-mata untuk “memancing undi” menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tegas beliau, bantuan itu bukan ‘gula-gula pilihan raya’ sebaliknya inisiatif menyeluruh yang dinikmati pemandu berdaftar di seluruh negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 baru-baru ini.

“Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja.

“Hari ini, saya (sampaikan bantuan khas kewangan) di Melaka, minggu lepas saya di Negeri Sembilan, minggu depan saya pergi Kedah pula, jadi di setiap negeri seluruh negara, pemandu teksi dan kereta sewa juga akan mendapat bantuan khas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 283 pemandu teksi dan kereta sewa menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang.

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan bagi minggu ini sahaja, dianggarkan kira-kira 12,000 pemandu pengangkutan awam terbabit bakal menerima manfaat kewangan berkenaan secara berperingkat bagi meringankan kos sara hidup.

“Yang tidak sempat kita jemput untuk majlis, kita buat pemindahan ataupun bank-in melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Bantuan ini tidak mengira tempat, selagi dia ada kad pemandu yang sah dan mereka sahkan kad pemandu itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka kita akan dapat daftar nama mereka dalam sistem dan akan diberi bantuan RM1,000.

“Bermula hari ini juga, ada lebih 12,000 nama yang akan kita kreditkan (bantuan khas kewangan) dalam akaun bank masing-masing … kita berharap bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin untuk meringankan beban mereka,” katanya. – 26 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related