◉ HEADLINES

Semua sekolah di Selangor beroperasi esok

Murid-murid yang hadir ke sekolah bagaimanapun digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok, menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

JPN Selangor menerusi kenyataan hari ini turut meminta semua pihak supaya terus mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah susulan keadaan jerebu.

“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu.

“Pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga juga disarankan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mematuhi arahan serta langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan ibu bapa atau penjaga yang bimbang mengenai tahap kesihatan anak-anak bagaimanapun dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah tetapi perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi jabatan serta pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” menurut kenyataan itu. – 1 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related