◉ HEADLINES

‘Jangan guna rumah ibadat untuk berkempen’ polis ingatkan calon PRN Melaka

Datuk Dzulkhairi Mukhtar turut mengingatkan semua calon, parti politik dan penyokong supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen

9:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengingatkan parti-parti dan calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka supaya tidak menggunakan mana-mana masjid, gereja, kuil, tokong atau tempat beribadat untuk berkempen.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, begitu juga bagi premis, kenderaan atau alat komunikasi milik kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT), yang tidak boleh menjadi tempat berkempen.

“Bangunan awam juga tidak dibenarkan digunakan sebagai tempat perhimpunan politik dan kempen tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi bangunan atau premis tersebut,” katanya, lapor Bernama.

Dzulkhairi turut memberitahu, setakat ini polis telah mengeluarkan 29 permit ceramah setakat ini bagi kempen PRN Melaka bermula Sabtu lepas, dengan tiada sebarang laporan berkaitan kacau ganggu diterima.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, Melaka Tengah merekodkan permit tertinggi iaitu 11, diikuti Alor Gajah (10) dan Jasin (lapan).

Bagaimanapun, katanya polis menerima satu laporan berkaitan perbuatan khianat terhadap bahan kempen.

“Untuk itu saya ingin mengingatkan semua calon, parti politik dan penyokong supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengelakkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen,’’ katanya.

Beliau turut menekankan aspek keselamatan dalam pemasangan bahan kempen, khususnya di kawasan berisiko seperti persimpangan lampu isyarat dan laluan utama yang boleh mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

“Semua pihak diseru supaya menjalankan aktiviti kempen secara matang, berhemah dan bertanggungjawab demi memastikan proses demokrasi berlangsung dalam suasana aman serta terkawal,’’ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari membuang undi. – 2 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related