◉ HEADLINES

‘Insya-Allah’: Jalaluddin beri bayangan pengganti MB, dedah Ismail tak maklum Umno negeri letak jawatan

Pengerusi Umno Negeri Sembilan dedah hanya tahu hasrat peletakan jawatan itu melalui kepimpinan tertinggi parti ketika spekulasi pelantikannya sebagai pengganti hangat diperkatakan

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Negeri Sembilan tidak pernah dimaklumkan secara peribadi oleh Datuk Ismail Lasim mengenai hasratnya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, sebaliknya perkara itu hanya diketahui menerusi kepimpinan tertinggi parti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh yang juga Timbalan Pengerusi Umno negeri itu langsung tidak memaklumkan keputusan berkenaan kepadanya mahupun kepada badan perhubungan negeri.

“Saya hanya dimaklumkan oleh pimpinan tertinggi parti hasrat Yang Amat Berhormat (Ismail) untuk meletak jawatan. Beliau (Ismail) secara peribadi tak ada maklumkan kepada Umno negeri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas di Wisma Umno Negeri Sembilan hari ini, yang turut dihadiri Adun Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, nama Jalaluddin yang juga Adun Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu kini disebut-sebut sebagai calon utama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu bagi menamatkan krisis pentadbiran negeri yang berlarutan sejak Ogos lalu.

Desas-desus mengenai pelantikan Jalaluddin bertiup kencang sejak dua minggu lalu, terutama selepas beliau dilaporkan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 9 Oktober lalu, selain khabar angin majlis angkat sumpah bakal berlangsung esok atau Khamis ini.

Ketika ditanya mengenai spekulasi namanya sebagai calon pengganti, Jalaluddin sekadar menjawab ringkas, “Insya-Allah”, sambil menegaskan penentuan calon tertakluk kepada cadangan pucuk pimpinan parti dan perkenan Tuanku Muhriz.

Mengulas dakwaan kononnya Ismail dipaksa berundur serta kenyataan Istana Negeri Sembilan yang belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November itu, Jalaluddin enggan mengulas lanjut.

“Tumpuan kita untuk pastikan supaya kerajaan negeri dapat diurus dengan baik dan juga proses ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya yang turut merakamkan penghargaan atas khidmat Ismail sepanjang menerajui pentadbiran negeri.

Beliau pada masa sama menyatakan keyakinan bahawa kemelut pentadbiran di negeri itu mampu diselesaikan secara berhemah dan harmoni berlandaskan kebijaksanaan Tuanku Muhriz.

“Seluruh kepimpinan Umno negeri menyeru semua pihak terus bertenang dan menghormati proses yang sedang berjalan,” katanya. – 17 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Tabung Haji’s RCI report: A painful chapter, but a chance to rebuild – Zainul Arifin

The institution’s past failures have shaken confidence, yet reforms and stronger governance could help restore its standing

Residents in Subang, PJ can still submit MyKhas requests: Fahmi

Comms Minister assures continuity of constituency services amid ongoing issues with MPs

Petronas–Jera LNG deal signals global confidence in Malaysia’s energy sector: Kamil Munim

Long-term supply agreement underscores Malaysia–Japan energy ties and expected boost to national revenue

◉ Related