◉ HEADLINES

Aksi tarian separuh bogel di Bukit Bintang, Buy & Save Store gantung tugas pengurus

Pihak syarikat sedar bahawa video persembahan itu telah menimbulkan kekecohan di media sosial dan ingin memohon maaf atas apa yang berlaku

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Syarikat Buy & Save Store sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan insiden sekumpulan wanita yang menari dalam pakaian menjolok mata dan separuh bogel di hadapan cawangannya di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Syarikat berkenaan berkata, acara itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Buy & Save Store pada 5 Ogos lalu dan berikutan itu, pihaknya telah menggantung tugas pengurus yang ditugaskan untuk merancang acara tersebut selain mengadakan siasatan dalaman.

“Pihak syarikat sedar bahawa video persembahan itu telah menimbulkan kekecohan di media sosial dan dengan ikhlas ingin memohon maaf atas apa yang berlaku serta bertanggungjawab sepenuhnya.

“Pengurus pemasaran syarikat tidak mengetahui pakaian yang akan dipakai oleh penari yang diupah untuk membuat persembahan.

“Lima minit selepas persembahan, apabila pihak pengurusan mendapati persembahan tidak mengikuti garis panduan budaya dan adat resam maka acara itu dihentikan serta-merta,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Buy & Save store adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai perusahaan seperti pakaian, fesyen, kosmetik, peralatan dan kelengkapan rumah.

Video mengenai acara tersebut telah tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai kerana penarinya memakai pakaian menjolok mata sambil bergelek di tempat awam.

Mengulas lanjut, katanya, sebelum ini ‘Buy & Save Store’ yang ditubuhkan pada 2018 telah mengadakan 25 program kebudayaan dengan penghiburnya memakai pakaian tradisional bagi menggambarkan masyarakat yang berbilang bangsa.

Tegasnya lagi, syarikat itu belum dan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti terutama aktiviti pemasaran yang melanggar undang-undang negara khususnya umat Islam dan akan sentiasa peka dengan budaya Malaysia.

Buy & Save Store juga, ujarnya adalah syarikat milik penuh anak tempatan dan tidak mempunyai pengaruh asing seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related