HEADLINES

AMK desak PBB bersuara, adakan himpunan solidariti untuk Palestin Jumaat ini

Adam Adli turut menjemput pemimpin pembangkang untuk menyertai himpunan tersebut

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin, Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengadakan himpunan solidariti bertempat di surau Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak pada 13 Oktober ini, selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Adam Adli berkata, himpunan itu yang diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya tindakan kejam dilakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, terbuka kepada semua termasuk pemimpin pembangkang.

“Kami menjemput semua anak muda dan rakyat Malaysia serta pimpinan negara untuk bersama-sama (turun) pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang dizalimi.

“Secara kasarnya kita sudah mula berurusan dari segi perundangan dengan pihak polis bagi memastikan yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan mematuhi undang-undang. Kita terbuka dengan semua (termasuk wakil rakyat pembangkang),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa sama, Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut mendesak Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersuara bagi menangkis ketidakadilan yang berlaku terhadap rakyat Palestin.

“Kami menggesa agar Majlis Keselamatan PBB bertindak dengan segera bagi menghentikan (kekejaman) rejim Zionis terhadap wilayah Palestin yang bergolak.

“(Ini) cubaan yang keji untuk menghancurkan masa depan rakyat Palestin. Pada saat genting ini, kami menegaskan terdapat keperluan untuk menghentikan lebih banyak nyawa dan penderitaan.

“Kami juga menggesa semua negara dan warga dunia bertamadun dan berperikemanusiaan agar menolak sebarang usaha untuk menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

One last time: More than 75,000 fans pack Bukit Jalil for Thalapathy Vijay’s Jana Nayagan audio launch

An emotional, star-studded night unfolded at the National Stadium Bukit Jalil as scores of fans gathered to see their idol Thalapathy Vijay before his full-time entry into politics

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Related