◉ HEADLINES

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar 4 tahun

Penggantungan itu susulan pendirian Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

10:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid digantung keahlian daripada Bersatu selama empat tahun.

Penggantungan itu susulan pendiriannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan terbabit dibuat selepas Jawatankuasa Lembaga Disiplin bersidang semalam, bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan perlembagaan dibuat Iskandar Dzulkarnain.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan surat penjelasan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, Datuk Iskandar Dzulkarnain digantung keahliannya berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun, berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November 2023,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain menerusi kenyataan melahirkan sokongannya terhadap kepimpinan Anwar.

Iskandar Dzulkarnain berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi, selain menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup rakyat di kawasannya.

Selain Iskandar Dzulkarnain, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menyatakan sokongan sama terhadap kepimpinan Anwar.

Menerusi kenyataannya, Suhaili berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi, selain masalah bekalan air dan elektrik di kawasan berkenaan. – 4 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Budget 2026: Anwar unveils RM1.2b to revive heritage buildings and transform KL’s hawker centres, peoples’ housing

The 2026 Budget allocates funds for historic restorations, urban upgrades, and a renewed commitment to cultural preservation and inclusive city living

The long goodbye: Nori Abdullah’s heartfelt message of gratitude

Late Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi's daughter lays bare the realities of dementia while thanking public for outpouring of grief and condolences

◉ Related